Saturday 8 September 2012

Rainbow cake birthday adik.

Ada kawan yang bertanya tentang harga Rainbow kek maka siaplah kek ini pada hari ini.

Alang-alang hampir tarikh ulangtahun adik maka mak buat terus untuk adik.

Hakikatnya ini adalah kek Hari Raya yang tertangguh. Tertangguh kerana TOk mengatakan bahawa biskut dan kek sudah banyak di rumahnya hasil pemberian anak-anak sempena hari kebesaran Islam itu beserta rumah terbuka yang Tok adakan pada tahun ini.

K.LOng berasa hairan mulanya apabila sudah mendapat resepi di internet tentang kehebatan kek yang hangat dijual dan diperkatakan kini. Resipinya terdiri daripada bahan biasa namun mendapat sambutan dan sering mendapat tempahan terutama untuk ulangtahun kelahiran anak-anak.

Apabila sudah merasa maka wow! Memang sedap. Berbaloi la ia menjadi femes. Manakala untuk harga pula ia menjadi agak mahal di pasaran kerana harga sesetengah bahan yang memang mahal seperti susu segar di dalam adunan kek serta keju untuk krimnya.

Selain terdapat krim keju, ada juga Rainbow kek dalam Italian buttercream. Namun untuk kek adik ini mak hanya menggabungkannya dengan buttercream
biasa. Walaupun kos yang lebih murah daripada pasaran namun rasanya tetap nyummy kerana halal dan dari tangan mak tercinta di Comelhomemadecupcake.

Thursday 6 September 2012

Tempahan Cupcakes perkahwinan

Sudah terlalu lama K.LOng tidak update blog ini sejak terbinanya page Comelhomemadecupcake di facebook. Segala-galanya tertulis di sana. Juga dimuat turunkan di sana. Maklumlah sekarang ini hampir setiap orang ada Fb. Maka K.LOng ambil keputusan untuk aktif di sana.

Alhamdulillah sejak wujudnya page di fb COmelhomemade, sambutan dari pelanggan amat memberangsangkan. Sekarang ini sebulan ada 2 & 3 tempahan terutamanya fondant cupcakes. Gambar di atas adalah cupcakes yang disiapkan semalam untuk diambil pada pagi ini.

   Terima kasih Shida kerana menempah.

Yang ni untuk hantaran perkahwinan
Yang ni untuk family Shida makan.

Monday 11 June 2012

Black Forest Cake with strawberri

Black Forest strawberri RM55
   Lama dah Pah, pembantu PRA minta kek ini setelah dia lihat dalam album di fb. Alhamdulillah ada strawberri di Tesco maka dapatlah sediakan kek ini sempena hari jadi anak tunggalnya Ain.

   Pelanggan kerap order kek cawan strawberri dan kek Black Forest strawberri ini walaupon harganya agak sedikit mahal memandangkan strawberri boleh tahan juga harganya di pasaran.

   TQ Pah kerana sudi menempah dari ComelHomeMadeCupcake :)

Monday 28 May 2012

Vanilla cake

RM 35
     Ini adalah kek Mona, classmate sek men K.Long yang jumpa semula di fesbuk. Kek untuk hari lahir anak lelakinya.

9inc
     Mona minta kek vanilla sahaja yang simple. Letak krim putih sebab nak buat rumput.

Kek span lain dari bakery
    Angry Bird ini K.Long bentuk menggunakan fondant icing. Dah best pula bentuk-bentuk fondant ni..hehe. Kawan punya pasal.

Tak muak
    TQ Mona atas tempahan.

Cupcakes coklat+ganache cream+strawberry

16pcs a box
   Lagi tempahan cupcakes coklat with ganache cream and strawberry.

RM 64
    Ditempah awal oleh pengantin lelaki namun pengantin perempuan yang datang ngambilnya.

Strawberry lebih pon kami bagi
    Alhamdulillah strawberry berlambak di Tesco sekarang ni.

Padanan coklat kek, ganache yg kurang manis dgn masam strawberry..nyum
   Thanx for tempahan. Sudi-sudikanlah menempah lagi untuk sebarang majlis :)

Sunday 20 May 2012

Fondant icing cupcakes

Fondant icing cupcakes
      Tempahan diterima melalui message di page Comel Homemade Cupcakes di fb. Ditempah oleh guru pelatih di IPG Sultan Abdul Halim Sungai Petani, Kedah.

Vanilla cupcakes
     Alhamdulillah dapat menyiapkan tempahan seperti yang dikehendaki pada malam semalam. Namun pada kali ini hampir sekeluarga menyiapkannya..hehe. Mencanai, menggetel, membentuk dan meletakkan fondant icing pada kek. Fun.

16pcs RM60
     Hafiz telah menghantar kotak cupcakes ini pada pagi ini ke IPG Sultan Abdul Halim seperti yang dikehendaki.

Seronok juga buat smile
    Terima kasih kerana sudi menempah di Comel Homemade Cupcakes :) Senyuman ini adalah untuk semua pelanggan kami yang tersayang.

Saturday 12 May 2012

Cupcakes hari ibu

Chocolate cupcakes with ganache cream

       Seorang Puan dari KL telah menempah cupcakes special ini pada pagi tadi. 16 pcs chocolate cupcakes with cream ganache and strawberry. Only RM64.00 a box.

Only RM64.00 a box
     Mulanya K.Ngah tidak mahu menerima tempahan kerana kesuntukkan masa. Alhamdulillah hari ini kami berdua bercuti maka sempat mencari strawberry dan alhamdulillah juga strawberry ada di Tesco Selatan.

Fresh strawberry
Surprise for her sister's
     Petang buat kek. Maghrib icing dan deco. Malam ini juga sempat Hafiz menghantarnya kepada kakak Puan yang menempah tadi.

     Kami di Comel Homemade Cupcakes harap Puan dan kakak berpuas hati dengan kek kami :)

     TQ ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...