Saturday 8 September 2012

Rainbow cake birthday adik.

Ada kawan yang bertanya tentang harga Rainbow kek maka siaplah kek ini pada hari ini.

Alang-alang hampir tarikh ulangtahun adik maka mak buat terus untuk adik.

Hakikatnya ini adalah kek Hari Raya yang tertangguh. Tertangguh kerana TOk mengatakan bahawa biskut dan kek sudah banyak di rumahnya hasil pemberian anak-anak sempena hari kebesaran Islam itu beserta rumah terbuka yang Tok adakan pada tahun ini.

K.LOng berasa hairan mulanya apabila sudah mendapat resepi di internet tentang kehebatan kek yang hangat dijual dan diperkatakan kini. Resipinya terdiri daripada bahan biasa namun mendapat sambutan dan sering mendapat tempahan terutama untuk ulangtahun kelahiran anak-anak.

Apabila sudah merasa maka wow! Memang sedap. Berbaloi la ia menjadi femes. Manakala untuk harga pula ia menjadi agak mahal di pasaran kerana harga sesetengah bahan yang memang mahal seperti susu segar di dalam adunan kek serta keju untuk krimnya.

Selain terdapat krim keju, ada juga Rainbow kek dalam Italian buttercream. Namun untuk kek adik ini mak hanya menggabungkannya dengan buttercream
biasa. Walaupun kos yang lebih murah daripada pasaran namun rasanya tetap nyummy kerana halal dan dari tangan mak tercinta di Comelhomemadecupcake.

Thursday 6 September 2012

Tempahan Cupcakes perkahwinan

Sudah terlalu lama K.LOng tidak update blog ini sejak terbinanya page Comelhomemadecupcake di facebook. Segala-galanya tertulis di sana. Juga dimuat turunkan di sana. Maklumlah sekarang ini hampir setiap orang ada Fb. Maka K.LOng ambil keputusan untuk aktif di sana.

Alhamdulillah sejak wujudnya page di fb COmelhomemade, sambutan dari pelanggan amat memberangsangkan. Sekarang ini sebulan ada 2 & 3 tempahan terutamanya fondant cupcakes. Gambar di atas adalah cupcakes yang disiapkan semalam untuk diambil pada pagi ini.

   Terima kasih Shida kerana menempah.

Yang ni untuk hantaran perkahwinan
Yang ni untuk family Shida makan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...