Thursday 17 February 2011

Gift from K.Ngah to K.Tie ( ganache cream )

Nyum nyum. Sedapnya. A box of cupcake ganache cream. Memang teringin. Sempat merasa ganache cream disapu pada roti putih sebagai breakfast. Kurang manis. Baik untuk kesihatan.

Gift from K.Ngah untuk kawan sepejabatnya sempena sambutan hari lahir. Satu ofis mengatakan cupcake ganache cream ini sedap bangat. K.Tie memasukkan cupcake ini ke dalam peti ais dan makin sedap katanya dengan rasa yang agak-agak sejuk. Sesuai dijadikan sebagai pencuci mulut.

*** K.Long suka kek-kek yang berkrim ringan struktur dan rasanya ***

Cupcake pertunangan

Tempahan yang dibuat oleh seorang pelanggan yang bekerja di Putrajaya tetapi hometown di sini. Call order yang dibuat beberapa bulan sebelum akhirnya telah siap dengan cantiknya bertemakan padanan merah putih. Fondant yang sesuai dibawa untuk hantaran jauh kerana tidak akan cair dan mencacatkan decoratingnya sama sekali.

Untuk pengetahuan semua. Kami di Comel homemade cupcake akan bertanya maklum-balas selepas pelanggan menerima tempahan dari segi rasa dan kualiti. Ia bertujuan untuk memaksimumkan kepuasan hati pelanggan kerana mereka yang membayar untuk setiap biji kek. Ia juga bertujuan untuk kami memperbaiki segala kelemahan. Disamping meningkatkan kualiti kek dari segi rasa, decoration dan harga. Maka di sini kami mengutamakan hubungan dengan pelanggan. Kiranya ada 2 way communication yang baik la..hehe.

*** Jika bukan sebagai pelanggan pun kita dalam Islam sememangnya dianjurkan berbaik-baik sesama kita. Kurangkan kontroversi. Tingkatkan kualiti dan pubsliti comel homemade cupcake :) ***

Pic pudding untuk majlis pertunangan Tini

Sempena majlis pertunangan Tini, Mak Ngah La telah menempah marble kek sebanyak 4 biji untuk dijamu kepada tetamu. Maka untuk pertunangan anak sulong Mak Ngah itu, mak telah memberi pic pudding ini juga untuk jamuan.

Pudding ini sedap. Rasanya masam-masam dan manis-manis buah. Sebelum ini K.Long sendiri belum pernah merasa pic pudding. Sebelum ini biasa dengan cocktail pudding dan lychee pudding. Maka kerana pudding ini hasil ciptaan K.Long dan mak inilah pertama kali kami merasainya. Hehe.

Sebelumnya puding ini telah dijamu kepada tetamu sempena parti T.shirt muslimah ( org buat parti tupperware, kami buat parti T.shirt..hehe ) di rumah ini. Selain dijamu bihun goreng tom yam. Pudding ini adalah sebagai pencuci mulut bersama limau mandarin ( sekotak yang Bang Teh dapat dari tokey tempat kerjanya ).

Hirisan demi hirisan habis dijamah oleh tetamu terutama Pak Chik yang menggemarinya. Seperti biasa, ahli keluarga kami yang senantiasa menjaga kesihatan dalam pemakanan. Manis dikurangkan. Sedap kerana kurang manis menurut kata Pak Chik.

Selepas ini akan ada lagi pudding-pudding lain dicipta dan tercipta yang sudah diplan oleh kami dua beranak. Hehe. Gila buat pudding pulak dah.

Order from kawan Bang Chik

Ini adalah tempahan dari kawan Bang Chik. Ekoran dari gift from Bang Chik to her. Kotak cupcake ini sempena sambutan ulangtahun kelahiran anak lelaki tunggalnya. Dikhaskan kepada seorang budak lelaki maka decoration diletakkan bola di atas rumput. Sinonim dengan bola yang merupakan sukan yang diminati lelaki.

Seperti yang lalu. Cupcakes ini sayang untuk dijamah katanya. Hehe. Apa-apa sahaja i want to say thank you. Jika ada usia dan rezeki lebih order lah lagi yerr. Comel homemade cupcake sedia menerima tempahan asalkan dibuat dalam jarak ambil yang tidak terlalu segera. Sekian, terima kasih.

Gift from Bang Chik

Sekarang ini amat mudah bagi kami anak beranak hendak memberi hadiah buat rakan-rakan sempena hari kebesaran mereka. Hanya menyediakan a box of cupcake dengan cupcakes yang comel-comel decoratingnya. Sudah pasti membuatkan kawan-kawan happy menerimanya. Malah ada yang sayang hendak menjamahnya kerana terlalu comel, kata mereka.

Ini adalah a box of cupcake dari Bang Chik untuk kawan baiknya sempena hari lahir. Dua nama di atas merujuk kepada kawannya yang merupakan janda bersama anak lelaki tunggalnya. Warna dan hiasan adalah mengikut kehendak Bang Chik sendiri.

Bermula dari hadiah inilah, kawannya menempah a box of cupcake seterusnya. Sebenarnya ini juga adalah salah satu rangka promosi comel homemade cupcake..hehe

*** Rasulullah S.A.W sering memberi hadiah kepada ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya maka sebagai umatnya adalah dianjurkan kita juga memberi hadiah untuk mengakrabkan ukhuwah sesama kita. Janganlah diharapkan pujian. Cukuplah sekadar rahmat dan keberkatan Allah dari itu. Amin ***

Just for makan-makan

Cupcake yang comel ini bernama Red Velvet Cheese cake. K.Ngah penggemar cheese cake telah membeli semua bahan-bahan yang semestinya agak mahal untuk sebarang cheese cake. Seperti biasa mak yang membuatnya dan ia hanya sekadar untuk family makan. Separuhnya pula K.Ngah telah bawa ke ofis untuk rasa dan juga sebagai pengenalan untuk officematenya ( untung wooo sesiapa yang menjadi kawan kpd kami merangkap pelanggan comel homemade cupcake kerana pasti dapat merasa kek-kek terbaru kami..hehe )


Cupcake ini rasanya sedap. Mak Njang pun kata sedap. Tidak terlalu manis dan lemak membuatkan kita tidak muak. Itu komen Mak Njang. Sepupu pun kata sedap. Jadi bagi sesiapa penggemar cheese cake bolehlah mencubanya yerr.

K.Long suka tengok rupanya yang cantik. Bertambah apabila difotokan. Menarik. Sejak berjinak-jinak snap pelbagai benda ni, dah mula jatuh cinta dengan bidang photographer pula. Hehe. Tambah lagi satu hobi nampaknya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...