Thursday 17 February 2011

Pic pudding untuk majlis pertunangan Tini

Sempena majlis pertunangan Tini, Mak Ngah La telah menempah marble kek sebanyak 4 biji untuk dijamu kepada tetamu. Maka untuk pertunangan anak sulong Mak Ngah itu, mak telah memberi pic pudding ini juga untuk jamuan.

Pudding ini sedap. Rasanya masam-masam dan manis-manis buah. Sebelum ini K.Long sendiri belum pernah merasa pic pudding. Sebelum ini biasa dengan cocktail pudding dan lychee pudding. Maka kerana pudding ini hasil ciptaan K.Long dan mak inilah pertama kali kami merasainya. Hehe.

Sebelumnya puding ini telah dijamu kepada tetamu sempena parti T.shirt muslimah ( org buat parti tupperware, kami buat parti T.shirt..hehe ) di rumah ini. Selain dijamu bihun goreng tom yam. Pudding ini adalah sebagai pencuci mulut bersama limau mandarin ( sekotak yang Bang Teh dapat dari tokey tempat kerjanya ).

Hirisan demi hirisan habis dijamah oleh tetamu terutama Pak Chik yang menggemarinya. Seperti biasa, ahli keluarga kami yang senantiasa menjaga kesihatan dalam pemakanan. Manis dikurangkan. Sedap kerana kurang manis menurut kata Pak Chik.

Selepas ini akan ada lagi pudding-pudding lain dicipta dan tercipta yang sudah diplan oleh kami dua beranak. Hehe. Gila buat pudding pulak dah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...