Monday 28 May 2012

Vanilla cake

RM 35
     Ini adalah kek Mona, classmate sek men K.Long yang jumpa semula di fesbuk. Kek untuk hari lahir anak lelakinya.

9inc
     Mona minta kek vanilla sahaja yang simple. Letak krim putih sebab nak buat rumput.

Kek span lain dari bakery
    Angry Bird ini K.Long bentuk menggunakan fondant icing. Dah best pula bentuk-bentuk fondant ni..hehe. Kawan punya pasal.

Tak muak
    TQ Mona atas tempahan.

Cupcakes coklat+ganache cream+strawberry

16pcs a box
   Lagi tempahan cupcakes coklat with ganache cream and strawberry.

RM 64
    Ditempah awal oleh pengantin lelaki namun pengantin perempuan yang datang ngambilnya.

Strawberry lebih pon kami bagi
    Alhamdulillah strawberry berlambak di Tesco sekarang ni.

Padanan coklat kek, ganache yg kurang manis dgn masam strawberry..nyum
   Thanx for tempahan. Sudi-sudikanlah menempah lagi untuk sebarang majlis :)

Sunday 20 May 2012

Fondant icing cupcakes

Fondant icing cupcakes
      Tempahan diterima melalui message di page Comel Homemade Cupcakes di fb. Ditempah oleh guru pelatih di IPG Sultan Abdul Halim Sungai Petani, Kedah.

Vanilla cupcakes
     Alhamdulillah dapat menyiapkan tempahan seperti yang dikehendaki pada malam semalam. Namun pada kali ini hampir sekeluarga menyiapkannya..hehe. Mencanai, menggetel, membentuk dan meletakkan fondant icing pada kek. Fun.

16pcs RM60
     Hafiz telah menghantar kotak cupcakes ini pada pagi ini ke IPG Sultan Abdul Halim seperti yang dikehendaki.

Seronok juga buat smile
    Terima kasih kerana sudi menempah di Comel Homemade Cupcakes :) Senyuman ini adalah untuk semua pelanggan kami yang tersayang.

Saturday 12 May 2012

Cupcakes hari ibu

Chocolate cupcakes with ganache cream

       Seorang Puan dari KL telah menempah cupcakes special ini pada pagi tadi. 16 pcs chocolate cupcakes with cream ganache and strawberry. Only RM64.00 a box.

Only RM64.00 a box
     Mulanya K.Ngah tidak mahu menerima tempahan kerana kesuntukkan masa. Alhamdulillah hari ini kami berdua bercuti maka sempat mencari strawberry dan alhamdulillah juga strawberry ada di Tesco Selatan.

Fresh strawberry
Surprise for her sister's
     Petang buat kek. Maghrib icing dan deco. Malam ini juga sempat Hafiz menghantarnya kepada kakak Puan yang menempah tadi.

     Kami di Comel Homemade Cupcakes harap Puan dan kakak berpuas hati dengan kek kami :)

     TQ ^_^

Friday 11 May 2012

Cupcakes Hari Ibu dari Lisa

Cupcakes untuk ibu
Dari Lisa untuk ibunya
Vanilla cupcakes + butter cream icing
A box of cupcakes only RM50 for 16pcs

     Lisa sms K.Long pada waktu petang hari Isnin untuk menempah cupcakes untuk ibunya bersempena hari ibu. Setelah berbalas sms berbincang tentang deco, delivery dan sebagainya maka hari ini sudah siap dan akan dihantar ke Billion supermerkat jam 2 petang sebentar lagi.

     Pilihan Lisa mudah sahaja iaitu cupcakes deco dan warna yang sama dengan heading page Comel Homemade Cupcakes di facebook.

      Asalnya Lisa mahu di hantar pada hari Ahad namun kerana sekarang dia berada di SP maka diawalkan ke hari Sabtu.

      Terima kasih Lisa kerana sudi memlilih Comel Homemade Cupcakes untuk menyediakan cupcakes box untuk ibu anda. Harap berpuas hati :)

Sunday 6 May 2012

Kek Coklat Hawa vs Kek cawan K.Long

Kek coklat + butter cream
        7 April adalah bersempena ulangtahun kelahiran K.Long. Kebetulan tarikhnya sama dengan Ustazah Hawa di sekolah K.Long. Maka Hawa telah menempah kek ini untuk dijamu kepada murid-murid tahun 3 Ibnu Battutah. Suka ler budak-budak tu dapat makan kek. Siap nak tambah lagi..hehe.

Berat kek 1kg lebih = RM 35.00
       Terima kasih Hawa kerana sudi menempah dari kami. Hawa kata sedap dan dia akan menempah lagi pada masa akan datang. Sudikanlah yer tempah lagi Hawa..hehe

Cupcakes vanila + strawberry butter cream
     Sebenarnya Hawa juga ingin menempah cupcakes untuk menjamu rakan-rakan guru. Namun akibat kekurangan budget maka Hawa telah menempah kek coklat di atasnya.

    Oleh itu, K.Long telah sponsor cupcakes ini untuk guru-guru. So simple tetapi sedap kerana menggunakan resepi baru yang lebih lembut, gebu dan wangi. Cikgu Rahimah juga kata bahawa kek ini lebih sedap dari kek yang dulu..hehe.

    Alhamdulillah selesai dua dozen cupcakes. Hujung tahun ini buat pula untuk jamuan kelas tahun 3 yer.

Tempahan Nik awal tahun ini..

Kek coklat
    Akibat terlalu lama tidak mengemaskini blog ini maka ingat-ingat lupa akan kisah di sebalik gambar-gambar kek cawan yang diambil ini. Disimpan sekian lama di ceruk my pictures dalam netbook..hehe.

    You all layan jer la yer gambar-gambar ni. Kalo you all pengikut setia page ComelHomeMadeCupCakes di fb pastinya telah melihat kek-kek ini kerana saya sudah memuat turunkan di sana.

Coklat ganache icing
     Cupcakes ini ditempah oleh Nik Rozinisah iaitu kawan satu IPG dan satu daerah K.Long mengajar. Nik menempah melalui sms dan diambil di sekolah kerana rumahnya lebih dekat dengan sekolah K.Long.

     Cupcakes ini ditempah sempena ulangtahun kelahiran suami Nik. Asalnya Nik mahukan cupcakes yang ada strawberry tetapi buah luar negara itu tiada dijual ketika itu. Makanya dideco sebegini kerana Nik nakkan yang simple asalkan tulisan warna merah.

    Syukran Nik atas tempahan.

Cupcakes cuti sekolah lalu.

Mak kata nampak cantik dalam gambar walaupon simple deco

Tak tau nak explain banyak sebab K.Long di Phnom Penh that time..hehe

       Cupcakes simple yang ditempah ketika cuti sekolah penggal pertama lalu. Gambar diambil menggunakan hand set K.Ngah.

Pastinya kek mak tak pernah mengecewakan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...