Sunday 6 May 2012

Tempahan Nik awal tahun ini..

Kek coklat
    Akibat terlalu lama tidak mengemaskini blog ini maka ingat-ingat lupa akan kisah di sebalik gambar-gambar kek cawan yang diambil ini. Disimpan sekian lama di ceruk my pictures dalam netbook..hehe.

    You all layan jer la yer gambar-gambar ni. Kalo you all pengikut setia page ComelHomeMadeCupCakes di fb pastinya telah melihat kek-kek ini kerana saya sudah memuat turunkan di sana.

Coklat ganache icing
     Cupcakes ini ditempah oleh Nik Rozinisah iaitu kawan satu IPG dan satu daerah K.Long mengajar. Nik menempah melalui sms dan diambil di sekolah kerana rumahnya lebih dekat dengan sekolah K.Long.

     Cupcakes ini ditempah sempena ulangtahun kelahiran suami Nik. Asalnya Nik mahukan cupcakes yang ada strawberry tetapi buah luar negara itu tiada dijual ketika itu. Makanya dideco sebegini kerana Nik nakkan yang simple asalkan tulisan warna merah.

    Syukran Nik atas tempahan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...