Wednesday 8 December 2010

Cupcake pertunangan

Ini pula adalah tempahan dari Ilah yang tinggal di Taman Intan sempena hari pertunangannya. Tempahan pertama fondant icing. Permintaan dari Ilah sendiri yang mahukan deko topi ( simple ) berwarna pink, putih dan merah.

Terima kasih Ilah kerana menempah. Selamat bertunang.
* Suka kepada pelanggan yang mudah bertolak-ansur tanpa banyak karenah.

Tempahan jarak jauh

Shafik anak kepada jiran berdekatan rumah telah menempah cupcake butter icing untuk dihadiahkan kepada kawannya sempena sambutan ulangtahun kelahiran. Tempahan dibuat melalui sms dan perbincangan dengan Iman iaitu adik kelima kami yang merupakan sahabat baik Shafik sejak kecil. Tempahan dibuat dari KL dan cupcake ini diambil sendiri oleh birthday girl..hehe..Zaman sekarang jarak bukanlah alasan untuk merenggangkan sesebuah ukhuwah dan hubungan.

Permintaan Shafik yang mahukan colourful cupcake. Deko ikut suka. Malah bersama kad ucapan yang siap bertulis ( seperti biasa Kak Longlah jurutulis sejak dari kecil )..hehe..Shafik berpuas hati dengan deko + kek yang sedap ( kata Shafik yang biasa dengan kek mak setiap kali hari Raya ) dan mahu menempah pada tahun hadapan sempena ulangtahun kelahiran ayah dan ibunya pula.
Thanx Shafik selaku pembantu chef yang pandai menghargai kualiti sebiji kek.

Tuesday 30 November 2010

Bermain dengan fondant icing.

Suka. Teringat zaman tadika. Seperti bermain dengan tanah liat. Membentuk pelbagai objek. Kemudian membandingkan dengan kawan-kawan.
Patutlah ramai penjual kek lebih suka membuat fondant icing berbanding icing-icing yang lain. Ia mudah dibentuk mengikut kehendak pelanggan. Disamping kreativiti penjual.
Ini adalah permulaan. Bagi sesiapa yang ingin menempah cup cake fondant icing ini bolehlah menentukan deko mengikut tema majlis. Namun, kami akan membuat mengikut daya kemahiran minimum yang dimiliki.
Secara jujurnya. Fondant icing ini hanya cantik dilihat. Kurang enak dimakan terutama bagi yang kurang suka makanan manis seperti kami..hehe. Namun kehendak dan kesukaan setiap manusia tidaklah sama. Manusia sememangnya tercipta dengan pelbagai rupa, bentuk, kemahiran dan minat.
Selamat bercuti sekolah buat yang bersekolah.
Selamat berkenduri-kendara buat yang mengadakan walimatul urus.
Selamat menempah cup cakes untuk dijadikan hantaran dan cenderahati tetamu.

Friday 19 November 2010

Order dari UUM Sintok.

Cupcakes kali ini disiapkan sehari selepas Husna mengambil tempahannya. Ditempah oleh Song, seorang ayah kepada pelajar UUM Sintok seminggu sebelum ini. Mengikut katanya tempahan sempena jamuan di kolej anaknya.

Cupcakes coklat bersalut coklat topping sebanyak 50 pcs. Bersama cupcakes topping coklat + krim juga sebanyak 50 pcs.
Alhamdulillah rezeki di musim cuti persekolahan. Semuanya dari Allah. Kepada-Nyalah kita perlu memanjatkan kesyukuran.
Nantikan page Comel Homemade Cupcake di facebook. InsyAllah. Memudahkan untuk berinteraksi dengan para pelanggan.
Sekian. Terima kasih semua.

Wednesday 17 November 2010

Pengorbanan di hari raya pertama ;-)

Cuti sekolah bermula. Maka Comel Homemade Cupcake mula menyiapkan beberapa tempahan yang diterima sejak dari awal untuk beberapa majlis sepanjang cuti sekolah akhir tahun ini.

Cupcakes kali ini ditempah oleh Husna. Sahabat lama satu universiti Kak Ngah. Juga merangkap teman sebilik. Mulanya Husna hendak menempah vanila cupcakes untuk hari kantin di sekolahnya. Namun setelah melihat cupcakes yang siap di deco di atas meja. Dia tertarik hati lalu menempah 16 biji cupcakes icing untuk dihadiahkan sempena majlis pertunangan saudaranya. Disamping 50 biji vanila cupcakes coklat marble dan 50 biji vanila cupcakes marble strawberi.

Deco bebas. Maka dapat dideco tanpa tema dan warna tertentu. Namun masih bersesuaian dengan majlis pertunangan.
Inilah pengorbanan kami sekeluarga sempena Hari Raya Korban pada tahun ini. Berkorban masa di hari raya pertama Aidil Adha menyiapkan tempahan pelanggan yang akan diambil pada hari raya kedua..hehe..
Terima Kasih Husna. Ada majlis nanti, silalah tempah lagi.

Saturday 13 November 2010

Makluman terkini.

Pengumuman untuk semua. Semenjak abah kembali ke rahmatullah, sebarang penghantaran kek dan cupcake tidak berlaku. Maka dengan ini bagi sesiapa yang ingin membuat tempahan perlu datang sendiri ke rumah untuk mengambilnya di alamat seperti yang tertera di bawah blog ini.

Bagi mendapat makluman segera untuk pertanyaan dan tempahan. Sila telefon ke salah satu nombor seperti yang tertera di atas blog ini. Harga boleh dirunding dan dikurangkan jika membuat banyak tempahan. Tempahan yang banyak boleh dibuat sekurang-kurangnya seminggu awal bagi memudahkan kami membeli bahan mentah. Jika tempahan sedikit boleh dibuat sekurang-kurangnya 3 hari sebelum kek diambil.

Segala kekurangan dan perubahan harap dimaafkan. Ini kerana kami hanya menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dan sambilan di rumah. Segala perubahan akan diberitahu dari masa ke semasa.

Harap maklum.

Tuesday 19 October 2010

Besday cupcake..

Mencuri masa sebentar dari kesibukan kerja yang tidak pernah usai selagi nyawa masih ada. Seorang lelaki India telah menempah cupcake hari lahir untuk dihadiahkan kepada..( tidak tahu..hehe )

Cupcake yang ditempah sehari sebelum tarikh diambil itu telah disiapkan pada malam sebelumnya. Mak telah designkan dengan corak yang simple tetapi sedap juga mata memandang. Seperti biasa Kak Long dan Kak Ngah adalah pengkritik. Sibuk suruh menambah dan mengurangkan mana-mana yang patut untuk mencantikkan lagi cupcake yang dihias. Sekaligus untuk memahirkan diri dalam bab menghiaskan cupcake ( maklumlah budak baru belajar ).

Kata mak," tak payah ambil kelas untuk tatarias cupcake ni pon takpa..belajar dari buku dan pengalaman."

Betullah juga kata mak. Selain ilmu yang didapati dari kelas. Pengalaman juga adalah guru dan ilmu yang amat bernilai.

Agak terlambat. Namun belum terlewat. Akan menyediakan cupcake fondant atas permintaan ramai.

Tuuuuuuuuuuuuuunggggggggguuuuuuuuuuuuu..kehadirannya. InsyAllah.


Sunday 1 August 2010

Rezeki selepas abah tiada..

Memang terlalu lama blog ini tidak diupdatekan. 2010 di blog ini masih belum dicatatkan sebarang aktiviti bisnes keluarga kami. Sedar tak sedar 2010 sudah melebihi hampir separuh masanya berlalu. Cepat benar masa berjalan.

Sepanjang tahun ini banyak juga tempahan yang diterima. Cupcakes ketika cuti persekolahan. Manakala kek besar tidak kira saban waktu. Pelanggan-pelanggan yang biasa merasai kek mak pasti akan menempah beberapa kali lagi dijadikan sebagai hadiah kepada saudara-mara, teman dan dijamah sendiri.

Akibat keterbatasan waktu maka banyak jenis kek yang tidak sempat diambil gambar dan diuploadkan di blog ini. Gambar-gambar ini adalah sebahagian sahaja tempahan yang sempat di siapkan untuk pelanggan. Gambar di atas adalah cupcakes vanilla yang ditempah oleh seorang guru PRA untuk dijamu kepada anak-anak muridnya. Decoration simple dan sukahati. Itu permintaannya. Sesuai dengan kanak-kanak. Manakala dua gambar di bawah ditempah oleh pelanggan yang hendak menyambut ulangtahun anaknya. Decoration yang dipinta juga simple dan ikut suka.

Ada yang bertanya dalam blog peribadi Kak Long samada kami masih menerima tempahan kek. Barangkali kerana sudah terlalu lama blog ini tidak update. Comel homemade cupcake masih menerima tempahan untuk sebarang majlis walaupun tanpa abah di sisi. Selepas abah pergi meninggalkan kami sejak 19 Jun 2010 akibat barah hati, mak masih mahu meneruskan minat dan bisnesnya ini. Salah satu sebabnya adalah untuk menggelakkan kesunyian tanpa abah. Kami sebagai anak tetap menyokong minat dan bisnes mak ini. Malah selepas abah pergi berturut-turut juga mak menerima tempahan. Alhamdulillah rezeki. Hikmah pemergian abah sudah tersingkap sedikit demi sedikit.
Sekarang kami ada projek terbaru setelah ditanya oleh seorang pelanggan. Projek membuat coklat pelbagai jenis rasa dan bentuk untuk hantaran dan cenderahati kepada tetamu. Gambar-gambar akan dikumpul dahulu dan diuploadkan di sini tidak lama lagi. Tungggggguuuuuuuu. InsyAllah.

Semoga segala niat, amalan dan butir percakapan kita mendapat nilai yang tinggi di sisi Allah Taala. Amin :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...