Wednesday 11 April 2012

Kek-kek menggiurkan.

Kek pic ( RM 45 )

Sudah lama blog ini tidak diupdate. Puncanya adalah terlalu lambat untuk memuat turunkan gambar-gambar kek yang sudah terlalu banyak dalam simpanan. Maklumlah sekarang ini mak kerap buat kek terutamanya kek besar seperti gambar-gambar ini sejak di rumah ada Astro 706, 703 dan 707 :) 
Kek Black Forest


Kek Opera ( RM 80 )

Disamping itu tahun ini agak murah rezeki berbanding tahun-tahun lepas apabila mendapat tempahan awal sejak Januari. Malah kek-kek besar ini juga ditempah setelah gambar-gambar kek tersebut ditayangkan di fb Kak Long. Ramai yang terliur sehingga sahabat di KL juga menyatakan jika kami berjiran pasti akan ditempah selalu kek mak.
Kek Black Forest ( Order dari K.Ita - RM 45 )

Kelebihan kek-kek homemade Comel adalah kurang manis yang pastinya baik untuk kesihatan. Malah kami menyediakannya  mengikut syarak iaitu telur ayam yang dibasuh dan dilap @ dikeringkan. Kami pernah nampak bakery yang menggunakan telur yang penuh najis ayam di kulitkan yang membuatkan kami sekeluarga terhenti dari membeli sebarang produk dari bakery beberapa lama.

**** Kami menerima tempahan di kawasan Sungai Petani dan kawasan sekitarnya ( jika boleh mengambil di rumah ****

- Kek Opera adalah kek yang paling sedap setakat ini. Jadikan jangan lepaskan peluang mencubanya walaupon harganya agak sedikit tinggi. Berbaloi kerana bahan-bahannya juga terdiri dari bahan-bahan yang berharga tinggi -

- Kek Pic sesuai bagi yang menggemari sesuatu yang masam. Paduan masam, manis dan lemak amat membangkitkan selera di waktu petang. Hanya sepotong cukup membuatkan anda yang sukakan kek puas hati-

 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...