Thursday 17 February 2011

Gift from Bang Chik

Sekarang ini amat mudah bagi kami anak beranak hendak memberi hadiah buat rakan-rakan sempena hari kebesaran mereka. Hanya menyediakan a box of cupcake dengan cupcakes yang comel-comel decoratingnya. Sudah pasti membuatkan kawan-kawan happy menerimanya. Malah ada yang sayang hendak menjamahnya kerana terlalu comel, kata mereka.

Ini adalah a box of cupcake dari Bang Chik untuk kawan baiknya sempena hari lahir. Dua nama di atas merujuk kepada kawannya yang merupakan janda bersama anak lelaki tunggalnya. Warna dan hiasan adalah mengikut kehendak Bang Chik sendiri.

Bermula dari hadiah inilah, kawannya menempah a box of cupcake seterusnya. Sebenarnya ini juga adalah salah satu rangka promosi comel homemade cupcake..hehe

*** Rasulullah S.A.W sering memberi hadiah kepada ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya maka sebagai umatnya adalah dianjurkan kita juga memberi hadiah untuk mengakrabkan ukhuwah sesama kita. Janganlah diharapkan pujian. Cukuplah sekadar rahmat dan keberkatan Allah dari itu. Amin ***

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...