Thursday 17 February 2011

Just for makan-makan

Cupcake yang comel ini bernama Red Velvet Cheese cake. K.Ngah penggemar cheese cake telah membeli semua bahan-bahan yang semestinya agak mahal untuk sebarang cheese cake. Seperti biasa mak yang membuatnya dan ia hanya sekadar untuk family makan. Separuhnya pula K.Ngah telah bawa ke ofis untuk rasa dan juga sebagai pengenalan untuk officematenya ( untung wooo sesiapa yang menjadi kawan kpd kami merangkap pelanggan comel homemade cupcake kerana pasti dapat merasa kek-kek terbaru kami..hehe )


Cupcake ini rasanya sedap. Mak Njang pun kata sedap. Tidak terlalu manis dan lemak membuatkan kita tidak muak. Itu komen Mak Njang. Sepupu pun kata sedap. Jadi bagi sesiapa penggemar cheese cake bolehlah mencubanya yerr.

K.Long suka tengok rupanya yang cantik. Bertambah apabila difotokan. Menarik. Sejak berjinak-jinak snap pelbagai benda ni, dah mula jatuh cinta dengan bidang photographer pula. Hehe. Tambah lagi satu hobi nampaknya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...