Friday 20 March 2009

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit


Alhamdulillah hari ini dapat juga Cikgu Hasnah ( rakan sekerja Kak Long ) mengambil tempahan cupcake vanilla sebanyak 150 biji yang ditempahnya pada hari Rabu baru-baru ini.

Tempahan itu adalah untuk diberi kepada tetamu penting pada kenduri kahwin adik ipar katanya yang akan berlangsung di Kodiang, Kedah.

Sebelum ini, Cikgu Padhilah ( juga rakan sekerja Kak Long ) menempah cupcake vanila sebanyak 300 biji untuk kenduri adik perempuannya.
Kiranya kami sempat juga menghadiri majlis tersebut di Padang Serai pada Ahad lepas selepas pulang dari majlis sahabat baik Kak Long di Sungai Puyu, Butterworth.

Semoga mereka berpuas hati dengan cupcake tersebut. Doa kami agar pengantin-pengantin baru itu mendapat keberkatan dalam ikatan hubungan yang sah sehingga ke akhir hayat.

Doa kami juga agar perniagaan ini akan maju dengan keberkatan dan keredhoan Ilahi. Bukan untuk keuntungan berganda namun demi pahala di sisi-Nya.

Amin Ya Rabb.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...